Saturday 30 June 2012

MUHASABAH

Assalamualaikum.Hai !
Etty ada cerita sikit nak kongsi ceritanya bermula...

saya merupan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia. saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.Saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.Dia seorang sederhana pada segi paras rupanya dan tidak pandai bergaya.tetapi kuat pengangan agama.bertudung labuh ,sopan santun,baik budi bahasanya .Perkahwinan kami segala-galanya diatur oleh keluarga dan saya masih belum bersedia.Terus terang saya katakan saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya.Sepanjang kehidupan kami ,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.Namun , isteri saya adalah wanita yang penyabar.Suatu hari saya menampar mukanya apabila dia bertanya kepada saya "Abang dah solat ?dia menangis terisak-isak. Saya ingat dia akan membenci saya.Suatu hari , dia ngin bermanja dengan saya , sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.Ketika dia ingin menyuapkan nasi ke mulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berderai ke lantai..Suatu hari juga saya telah diberi balasan oleh ALLAH .Saya terlibat dalam kemlangan tulang paha saya patah .Lima bulan saya terbaring tidak berdaya.Dialah yang memandikan saya, menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan.Bila saya kenangkan kembali , sewaktu saya terlantar sakit , tiada sape pun teman-teman yang datang apatah lagi , kekasih saya.Ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit , isteri saya jatuh sakit.badanya menjadi kurus kerana terlalu letih dan susah hati.Airmata ini tidak berhenti-henti mengalir ."Jangan menangis bang bukan salah abang.Dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.Tepat jam 3.00 petang ,isteri saya pergi meninggalkan saya buat selama-lamnya.Masih terngiang di telinga saya pesanan dia "Abang jagalah diri baik-baik takutlah kepada ALLAH.Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir .dia ada meninggalkan suatu nota ."Abang ingatlah ALLAH  selalu. dahulu saya sentiasa nak makan bersama abang , bergurau dan manja dengan abang , memeluk abang ketika tidur..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi sya , jaga diri ,sayang abang ..selamanya "



"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta..
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu
agar bertambah kekuatan ku untunk mencintaimu"